Halaman

10 September 2015

Bila Di Buru Kenangan Gitar Tab (Melayu) Go Play Along

Hampir berminggu-minggu jugak aku nak siapkan gitar tab ini. Bukan ada masa sangat untuk menyiapkan sesuatu kerja dengan mudah dan cepat. Setiap hari sibuk dengan rutin kerja yang membosankan. Hari demi hari dan minggu demi minggu, akhirnya dengan berkat kesabaran siap juga tab gitar ini. Tajuknya ialah "Bila Di Buru Kenangan dari kumpulan Samudera."

Gitar Tablature untuk Rock Melayu memang sukar diperolehi kerana tak ramai yang sudi berkongsi. Jadi post kali ini aku cuba kongsikan sedikit hasil kerja dan usaha kepada semua pemain-pemain gitar samada yang baru mula nak belajar atau pun yang dah pro bermain gitar.

Apa yang ditulis tidak semestinya tepat dan betul. Ia hanya sekadar bahan rujukan sahaja. Jika terdapat kesilapan sila betulkan sendiri...


Gitar tab ini ditulis dengan perisian Go Play Along. Tajuk Lagu: Bila Di Buru Kenangan. Artis: Kumpulan Samudera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan