Halaman

3 Mac 2015

Belajar Main Gitar Lagu (XPDC) Kuda Hitam & Kord Gitar Cover

Lagu rock melayu Kuda Hitam dari persembahan kumpulan XPDC ini aku buatkan untuk korang semua yang hobinya suka main gitar. So aku buat video kord gitar cover lagu xpdc kuda hitam yang macam ni tujuannya hanyalah suka-suka aje. Saje nak hiburkan hati tambahan pula dah lama tak pegang gitar. Jadi gian plak nak gentel2 tali gitar. So layan jelah...

Aku belajar mengenali kord-kord gitar yang asas dulu. Kemudian belajar main gitar dengan kord-kord rock (Power Chord). Ok dekat bawah ni aku sediakan video gitar cover kuda hitam xpdc sebagai contoh untuk latihan main gitar:


Belajar Main Gitar lagu Kuda Hitam (XPDC) Cover

Bagi korang yang rasa minat dengan lagu rock melayu yang berentak heavy metal macam ni, boleh lah ikut gaya dan cara permainan gitar seperti ini. Kord lagu xpdc kuda hitam ni memang simple giler tak banyak kord-kord yang berat. Bagi korang yang baru nak mula belajar main gitar aku syorkan belajar main lagu Kuda Hitam ini dulu.

Dulu masa mula-mula aku belajar cara-cara main gitar, aku hanya mampu beli sebuah gitar kapok sahaja. Aku belajar cara memetik tali gitar dan mengenali kord-kord gitar yang susah sebab lagu yang aku cuba mainkan ialah lagu Misteri Mimpi Syakila dari kumpulan Wings. Masa zaman rock kapak pada era tahun 80 an lagu ni memang tengah meletop-letop..

Lagu misteri mimpi syakila ini lah, aku mula belajar main kord Dm, F, C dan G dengan petikan tali gitar satu persatu dipetik. Ambik masa 3 bulan jugak nak pandai main gitar. Masa mula belajar main gitar memang tak ada guru. Aku hanya belajar melalui buku panduan Belajar Main Gitar Asas yang dibeli dikedai buku.

Key kord gitar ini bermula dengan kord D5 gunakan power chord. Korang yang dah pandai pegang chord gitar boleh terus mainkan lagu kuda hitam versi rock heavy metal yang dibawa oleh kumpulan XPDC. Kalau tak silap album lagu ini bertajuk O'tai.

Bagi yang belum mengenali chord-chord gitar belajar dulu main chord-chord gitar secara asas. Kalau tak tahu cuba google je. Ada banyak website atau blog yang tunjuk ajar kord-kord gitar lagu rock melayu secara percuma.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan