Halaman

21 September 2014

Misteri Mimpi Syakila Guitar Cover & Tablature Full Video

Cover gitar dari kumpulan Wings bagi Album Hukum Karma. Lagu Rock Kapak yang popular suatu masa dulu bertajuk 'Misteri Mimpi Syakila'.


Inilah lagu yang mula-mula sekali aku belajar pegang gitar. Chord gitarnya memang simple dan senang dipelajari dan mudah kita faham. Saper2 pun boleh ikut chord gitarnya tapi yang penting mestilah tahu dulu chord asas sebelum main lagu Misteri Mimpi Syakila ini. Lagu ini popular masa tahun 1988 kalau tak silap...

25 Julai 2014

Tutorial Intro Gitar Tabs Hikayat Penuh Ranjau Wings

Ini adalah sebagai bahan rujukan yang telah aku siapkan mengenai gitar tabs. Dalam tutorial ini kita akan mainkan pada bahagian intronya sahaja untuk lagu dari kumpulan Wings dalam album 'Hukum Karma'. Ya! untuk kali ini aku akan kongsikan dekat korang semua cara mainkan intro lagu 'Hikayat Penuh Ranjau'.

Orait sekarang mari kita tonton dulu video ringkas yang disediakan dan korang boleh ikut main sama berpandukan tabs...

Contoh intro hikayat penuh ranjau gitar tabs

30 Mei 2014

Guitar Backing Track - Bagaikan Bermimpi - Sweet Charity


Contoh guitar backing track bagi lagu melayu dari kumpulan Sweet Charity bertajuk Bagaikan Bermimpi...

14 November 2013

Rindu Guitar Pro Tabs Use RSE GP6 Full Song - Ali XPDC

Sebelum download lagu Rindu Guitar Pro Tab Use RSE GP6 Full Song nyanyian Ali XPDC cuba tonton dulu video yang disediakan dibawah. Lepas tonton video silakan download guitar pro tabs tersebut, itupun jika berpuas hati dengan kualti tabs gitar yang disediakan. Kalau tak puas hati atau ada bunyi sumbang tak payahlah korang susah payah nak download.
Aku hanya kongsikan kepada sesiapa saja yang berminat untuk menyimpan koleksi guitar pro tab yang aku transcribekan ini. Kalau korang nak banyak lagi koleksi guitar tabs pro, korang boleh cari sendiri di laman web Ultimate Guitar.com.

24 Oktober 2013

Aku Yang Dulu Guitar Pro Tabs Use RSE GP6 Full Song

Pada post yang lalu aku ada bagi bass tabs untuk lagu 'Aku Yang Dulu Bukan Lah Yang Sekarang' Jadi untuk kali ini aku akan kongsikan tabs untuk gitar pula. Aku cuba transcibekan lagu ini kedalam Guitar Pro  6. Untuk memainkan tabs gitar dari lagu 'Aku Yang Dulu Bukan Lah Yang Sekarang' korang semua mestilah memiliki perisian Guitar Pro 6 yang dipasang pada komputer masing-masing.

Walaupun lagu ni tak berapa lengkap tapi sekurang-kurang dapat juga korang jadi koleksi peribadi atau bahan rujukan. InsyaAllah kalau ada masa terluang aku akan updatekan yang mana patut atau kurang lengkap dan perbetulkan yang tersilap.

Contoh Perisian Guitar Pro 6 - Tegar Aku Yang Dulu Bukan lah Yang Sekarang
Contoh Perisian Guitar Pro 6

Muat Turun Gitar Tabs ' Aku Yang Dulu Bukan Lah Yang Sekarang' Versi Guitar Pro 6 disini

Muat Turun Gitar Tabs Aku Yang Dulu Bukan Lah Sekarang di Ultimate Guitar - Klik Sini

Muat Turun Gitar Backing Track Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang - Klik Sini

Rajah diatas adalah contoh perisian Guitar Pro 6 yang perlu korang pasang di PC atau Laptop. Korang boleh dapat info lanjut mengenai perisian Guitar Pro 6 ini di laman web http://www.guitar-pro.com/en/index.php.