Halaman

3 Mac 2015

Belajar Main Gitar Lagu (XPDC) Kuda Hitam & Kord Gitar Cover

Lagu rock melayu Kuda Hitam dari persembahan kumpulan XPDC ini aku buatkan untuk korang semua yang hobinya suka main gitar. So aku buat video kord gitar cover lagu xpdc kuda hitam yang macam ni tujuannya hanyalah suka-suka aje. Saje nak hiburkan hati tambahan pula dah lama tak pegang gitar. Jadi gian plak nak gentel2 tali gitar. So layan jelah...

Aku belajar mengenali kord-kord gitar yang asas dulu. Kemudian belajar main gitar dengan kord-kord rock (Power Chord). Ok dekat bawah ni aku sediakan video gitar cover kuda hitam xpdc sebagai contoh untuk latihan main gitar:


Belajar Main Gitar lagu Kuda Hitam (XPDC) Cover

Bagi korang yang rasa minat dengan lagu rock melayu yang berentak heavy metal macam ni, boleh lah ikut gaya dan cara permainan gitar seperti ini. Kord lagu xpdc kuda hitam ni memang simple giler tak banyak kord-kord yang berat. Bagi korang yang baru nak mula belajar main gitar aku syorkan belajar main lagu Kuda Hitam ini dulu.

5 November 2014

Dendam Cinta Seusia Dunia Gitar Tab dari Bumi Putra Rocker's

Ramai yang sedang mencari chord's gitar atau gitar tab untuk lagu rock melayu. Jadi post kali ini aku akan kongsikan pada korang semua lagu dari kumpulan rock Bumi Putra Rocker's (BPR) bertajuk 'Dendam Cinta Seusia Dunia'. Kalau tak silap lagu ini dalam Album Kelab Jiwa Luka diterbitkan pada awal tahun 90an.

Contoh lagu Dendam Cinta Seusia Dunia telah di transcibekan kedalam music sheet dan tablature gitar seperti contoh yang boleh ditonton dalam video youtube dibawah:


Perisian (Sotware) yang digunakan untuk memainkan guitar tablature ini dikenali dengan nama Go Play Along seperti yang ditunjukkan didalam video youtube diatas. Untuk maklumat lanjut mengenai perisian tersebut boleh kunjungi laman webnya di: www.goplayalong.com

5 Oktober 2014

Kenangan Mengusik Jiwa Cover & Guitar Backing Track

Selamat hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca Blog Free Gitar Tabs. Orait hari aku nak kongsikan sebuah Gitar Backing Track kepada semua pelawat atau pembaca blog Free Tabs Gitar. Lagu ini adalah lagu lama, popular pada sekitar zaman 60 an. Lagu ini bertajuk 'Kenangan Mengusik Jiwa' dinyanyikan oleh Allahyarham A. Ramlie (Al-Fatihah).

Dibawah ini ada satu contoh video, guitar cover. Korang boleh tonton terus video cover Kenangan Mengusik Jiwa versi GuitarBacking Tracks lagu melayu di channel youtube di: Youtube - Kenangan Mengusik Jiwa Guitar Cover

21 September 2014

Misteri Mimpi Syakila Guitar Cover & Tablature Full Video

Cover gitar dari kumpulan Wings bagi Album Hukum Karma. Lagu Rock Kapak yang popular suatu masa dulu bertajuk 'Misteri Mimpi Syakila'.


Inilah lagu yang mula-mula sekali aku belajar pegang gitar. Chord gitarnya memang simple dan senang dipelajari dan mudah kita faham. Saper2 pun boleh ikut chord gitarnya tapi yang penting mestilah tahu dulu chord asas sebelum main lagu Misteri Mimpi Syakila ini. Lagu ini popular masa tahun 1988 kalau tak silap...

25 Julai 2014

Tutorial Intro Gitar Tabs Hikayat Penuh Ranjau Wings

Ini adalah sebagai bahan rujukan yang telah aku siapkan mengenai gitar tabs. Dalam tutorial ini kita akan mainkan pada bahagian intronya sahaja untuk lagu dari kumpulan Wings dalam album 'Hukum Karma'. Ya! untuk kali ini aku akan kongsikan dekat korang semua cara mainkan intro lagu 'Hikayat Penuh Ranjau'.

Orait sekarang mari kita tonton dulu video ringkas yang disediakan dan korang boleh ikut main sama berpandukan tabs...

Contoh intro hikayat penuh ranjau gitar tabs